Thursday, September 30, 2010

Geometri


Geometri (Greek γεωμετρία; geo = bumi, metria =ukuran) adalah sebahagian dari matematik yang mengambil berat persoalanan mengenai saiz, bentuk, dan kedudukan relatif dari rajah dan sifat ruang. Geometri ialah salah satu dari sains yang tertua. Pada mulanya ia hanyalah sebahagian jasad dari pengetahuan praktikal yang mengambil berat dengan jarak, luas dan isipadu, tetapi pada abad ketiga S.M. geometri telah diletakkan di dalam bentuk aksiom oleh Euclid membentuk Geometri Euclid, yang hasilnya menetapkan piawai untuk beberapa abad berikutnya.
Bidang astronomi, khususnya memetakan bintang-bintang dan planet-planet pada sfera cakerawala, bertindak sebagai sumber-sumber geometri terpenting dari semasa satu setengah alaf berikutnya Menurut Plato Geometri adalah alat atau kaedah yang terperinci untuk  menjelaskan keadaan dua bahagian alam.
Geometri merupakan satu topik yang penting dalam pembelajaran matematik. Ia bukan sahaja merupakan satu penyokong kepada bidang-bidang lain dalam matematik, tetapi juga dalam kerjaya seperti kejuruteraan, arkitek, fizik dan astronomi. Selain daripada mengenali bentuk dan sifat-sifat asas ruang dan bentuk-bentuk konkrit, penerokaan konsep-konsep geometri yang melibatkan penyelesaian masalah dan masalah pengukuran juga diperlukan. 
Geometri merupakan salah satu perkara asas dan penting kepada seluruh sistem matematik. Pembelajaran geometri melibatkan perkara seperti  pembinaan objek daripada suatu ukuran, anggaran serta aksioms, pendedahan kepada banyak teorem-teorem kedudukan serta hukum mekanikal.
Pembelajaran geometri pada awal umur kanak-kanak adalah tidak formal,berbentuk penerokaan,meneka dan menyelesaikan masalah. Ini dapat dilihat, sejak dari bayi lagi, ibubapa sebenarnya telah pun menerapkan pemahaman secara tidak formal kepada kanak-kanak dengan memberikan obejek-objek geometri sebagai alat mainan. Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak mengetahui secara saintifik berkenaan geometri tetapi melalui pengalaman mereka bermain dengan alat permainan tersebut telah membina pengetahuan geometri secara tidak langsung.
Melalui sesetengah permainan juga seperti memasukkan bentuk-bentuk geometri seperti segiempat, segitiga dan bulat ke dalam ruang yang disediakan dan penyusunan kepingan-kepingan bentuk-bentuk, kanak-kanak mendapat peluang menimba pengalaman dalam menyelesaikan masalah serta mempelajari konsep geometri darinya.

No comments:

Post a Comment