Thursday, September 30, 2010

Algebra


Algebra berasal dari bahasa Arab ‘al jabar’ dan wujud pada kurun 100 masihi lagi. Istilah algebra adalah sebahagian dari cabang–cabang terkenal matematik di mana abjad ‘a, b, c’ dan simbol digunakan bagi melambangkan nilai-nilai nombor tertentu. Salah satu aplikasi matematik algebra ialah penggunaan kalendar di mana tiap-tiap simbol khas melambangkan waktu yang berkait rapat dengan peredaran matahari dan bulan. Antara penggunaannya adalah bagaimana terjadinya janin dan pembesaran bayi di dalam rahim ibu yang tercatit di dalam al Quran dengan penggunaan bahasa kiasan algebra yang indah sekali. Hadith-hadith Rasululullah turut memberikan impak penggunaan algebra bagi mewakili tempoh waktu yang kritikal seperti penglihatan anak bulan (untuk penetapan puasa dan hari raya aidil fitri dan aidil adha).

 Disamping itu, nelayan, ahli pengembara di lautan dalam dan ahli-ahli perniagaan yang termashur seperti Abdul Rahman Al-Auf  dan para matematik greek di kota ROME menggunakan simbol-simbol tertentu seperti ‘V’ untuk nilai hitungan objek sebanyak lima unit, ‘X’ untuk bilangan 10 dan ‘L’ untuk bilangan unit 50. Algebra digunakan di dalam kalkulus yang merupakan sub bidang utama di dalam ilmu kejuruteraan dan Sains Komputer. Keupayaan seseorang didalam memahami asas algebra terbukti dapat membantu seseorang pelajar itu mengaplikasikan dengan jayanya dalam bidang perniagaan, kejuruteraan, pertanian, pertahanan dan lain-lain lagi.

Algebra asas ialah bentuk algebra yang termudah. Ia diajarkan kepada para pelajar yang dianggapkan tidak mempunyai ilmu matematik sebalik prinsip asas ilmu kira-kira. Walaupun dalam ilmu kira-kira, hanya nombor-nombor dan operasi arithmetik (seperti +, −, ×, ÷) wujud, dalam algebra, nombor sering ditandakan oleh lambang (seperti a, x, y). Ini berguna kerana:
  • Ia memberikan rumusan umum peraturan arithmetik (seperti a + b = b + a for all a dan b), dan inilah langkah pertama untuk penjelajahan sistematik pada sifat sistem nombor benar.
  • Ia memberikan rujukan kepada nombor "tidak dikenali", rumus persamaan dan pelajarannya untuk bagaimana mahu menyelesaikan ini (contohnya, "Carikan nombor x sedemikian hingga 3x + 1 = 10").
  • Ia memberikan rumusan fungsi berkenaan (seperti "Kalau anda jual x tiket, kemudian untungan anda akan menjadi 3x - 10 dolar, atau f(x) = 3x - 10, dimana f ialah fungsinya, dan x ialah nombor fungsi yang dijalankan.").

No comments:

Post a Comment